Ini bukan kali pertama aku terus bertanya. Apa yang hendak aku lakukan? Bagaimana aku bisa melakukan apa yang aku suka? Apakah itu egois? Apakah aku bahagia dengan apa yang aku lakukan sekarang? Apakah aku hanya diam sahaja? Bagaimana bila aku harus kehilangan? Apa yang harus aku lakukan? Apakah aku layak tetap hidup?
Ya,,,,  ini bukan satu pertanyaan, tapi terlalu banyak pertanyaan. Sehinggakan air mata ini tidak mampu ku tahan lagi dari terus mengalir.
Ya,,,,  aku perlukan wang. Ya,,,, aku perlukan pekerjaan. Setelah itu?
Ya,,,,  aku perlukan kegiatan, lagi?
Apakah itu semua cukup untuk membuatku bahagia? Apa tujuan hidupku?
STOP! This is to much!
Dari aku kecil, aku sering mengimpikan aku ingin menjadi seorang doktor. Aku ingin menyelamatkan banyak nyawa. Aku ingin menjelajahi dunia dan menghulurkan khidmat bantuan. Ternyata sekarang aku hanya membuat cerita dari khayalan malamku. Apakah ini?
Aku suka dengan pakaian. Aku suka dengan kasut. Kalau keluar, dengan senyap2 benda pertama yang aku cari adalah kasut atau dress. Aku bermimpi suatu hari nanti aku ingin punyai kedai, aku ingin menjual baju yang tidak ada dipasaran. Warna-warni, vintage, simple, dan manis. Ya, itulah gambaran kedaiku kelak. Apakah ini?
Aku bercita-cita ingin ke luar negeri. Tinggal disana, bertemu dengan banyak orang, bercerita kepada banyak orang, berbicara dan berkata- kata bukan dengan bahasaku. Aku ingin punya rumah walaupun kecil, tempat aku menadakan semua mimpiku di sana. aku boleh melukis, boleh menulis, boleh menata rias sendiri rumahku. Apakah ini?
Aku tidak tahu. Semua orang berkata tentukan satu tujuan dalam hidup. Namun, aku tidak mahu berbuat begitu. Karena terlalu banyak yang aku sedang pikirkan. Akhirnya aku sudah pun  melakukan satu per satu. Aku sudah melakukan satu per satu itu. Lalu bagaimana?
Ah,,,  apakah aku hanya mereka-reka alasan? bila rasanya, aku harus melakukan itu? apakah sebab malas? Ataukah aku takut untuk melawan?
Kerana, bila aku hendak melakukannya, aku selalu merasa jiwaku kosong. Mungkinkah kerana aku tidak ingin melakukannya sendiri? Ketika aku menulis, aku ingin ada yang menilai. Ketika aku melukis, aku ingin mereka menilai. Mungkinkah?
Oh Tuhan,,,, ya aku ingin menikah. Kelak nanti, aku ingin bernikah dengan lelaki yang pada impian dan menyokong impianku, kerana aku ingin menikahi setiap mimpi yang ada dalam pegangan tangan kami. Hanya itu saja Tuhan. Bolehkah? kerana sesungguhnya, aku tidak boleh menjalani hidup sendirian. kerana terasa sangat hampa.
Layakkah aku untuk bahagia?
Benarkah engkau yang telah ditakdirkan untuk membahagiakan diriku?
Entah?