Nobody is perfect,,,

Nobody is perfect,,,

Wednesday, 4 April 2012

Suami / Isteri curang,,


Soalan : Sebelum kami berkahwin, suami saya mempunyai beberapa orang teman wanita dan begitu juga saya. Suami saya sering menceritakan tentang mereka kepada saya dan dia tetap menghubungi mereka walaupun kami telah berkahwin. Gambar mereka pun masih disimpan setelah kami berkahwin. Sesekali dia akan menelefon mereka di pejabat dan bila hari raya dia akan menghantar kad ucapan kepada mereka tanpa pengetahuan saya dan mereka juga akan membalas kad ucapan beliau. Saya merasa tertipu dan amat marah dengan perbuatan suami saya. Apakah hukumnya suami yang berkelakuan begini? Walaupun sekarang ini beliau tidak lagi membuat perkara diatas saya sukar untuk mempercayainya dan saya akan cepat mensyakinya jika berlaku sesuatu yang mencurigakan.


Jawapan : Jika seseorang suami atau isteri yang telah berkahwin menyimpan lagi gambar kekasihnya, maka ia dikatakan sebagai curang. Suami hendaklah bertanggungjawab penuh kepada isterinya sebaliknya isteri pua hendaklah taat sepenuhnya kepada suami. Oleh kerana hal di atas, tidaklah menjadi mustahil jika sekiranya diantara suami isteri yang seperti di atas saling curiga mencurigai, ini adalah kerana kesetiaan mereka masih belum benar-benar mutlak. Untuk itu saya nasihatkan agar rapatkanlah diri kepada  Allah s.w.t. dan jangan sampai lupa akan tanggungjawab kita kepadaNya. Berkat kita patuh kepada  Allah s.w.t.,  Allah s.w.t. memberi jalan bagaimana menguruskan rumahtangga yang sebenarnya. JIka kita ikut perintah  Allah s.w.t.,  Allah s.w.t. perintahkan isteri taat kepada suami,  Allah s.w.t. perintahkan suami sayang kepada isteri dan bertanggungjawab kepada keluarga. Dengan itu, sebagai umat Islam kita akan merasai nikmat kebahagiaan terserbut, Insya Allah. Walau bagaimanapun selagi perceraian belum berlaku, tuan/puan mempunyai peluang untuk memperbaiki kadaan dengan kembali ke Islam dari sudut niat berumah tangga sehinggalah ke arah kehidupan sehari-hari. Semoga penjelasan ini dapat memuaskan hati semua pihak. Yang baik dari  Allah s.w.t. yang tidak baik atas kelemahan saya, harap maaf,wassalam.

No comments:

Post a Comment