Ada pendapat mengatakan suami tak boleh guna duit gaji isteri untuk perbelanjaan rumahtangga. Menjadi tanggungjawab suami menanggung nafkah rumahtangga, oleh itu perbelanjaan mestilah datang dari duit gaji suami sendiri.
Kalau suami dengan sengaja enggan bekerja untuk mencari nafkah maka dengan itu si suami telah melanggar hukum syarak.
Isteri pula tidak wajib untuk mencari nafkah, oleh itu isteri tidak wajib untuk bekerja. Kewajipan isteri adalah untuk melayan suami ketika suami berada di sisinya..
Gugurkah Tanggungjawab Suami Apabila Isteri Bekerja?
Satu perkara yang memang telah diketahui umum malah oleh segenap lapisan masyarakat termasuklah mereka yang bertanyakan soalan ini bahawa seorang suami adalah wajib menanggung segala perbelanjaan isterinya walaupun isterinya bekerja. Masalahnya ialah mereka yang mengetahui kebenaran ini enggan menerima kebenaran tersebut dan mangsanya adalah para isteri yang mengajukan soalan sebegini walaupun jawapannya telah mereka tahu dan hanya inginkan satu kepastian.
Islam malah agama lain juga menetapkan bahawa suami adalah sebagai ketua keluarga. Apabila disebut sebagai ketua maka jelas sudah bahawa seorang suami bertanggungjawab atas segalanya. Makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan segala yang terangkum sebagai satu keperluan bagi isteri dan juga satu perkara sampingan tetapi menjadi perkara utama apabila dilakukan demi suami tercinta seperti rawatan kecantikan dan solekan.
Malahan, sekiranya suami seorang yang mampu tetapi masih mengizinkan isterinya bekerja, suami sewajarnya menanggung segala kos ulang alik si isteri ketika bekerja. Segala pendapatan isteri pula adalah hak mutlak si isteri dan suami sekiranya berkehendakkan hasil pendapatan isteri bagi membantunya menanggung perbelanjaan rumah tangga, adalah dikira sebagai berhutang dengan si isteri. Cuma demi kerukunan rumah tangga malahan di dalam era globalisasi dan ketamadunan yang kian mencabar ini, memang satu bonus dan satu keperluan bagi sesetangah individu untuk si isteri bekerja bagi membantu meringankan tanggungan suami.
Membantu meringankan bebanan dan tanggungan suami bukan bererti suami terlepas daripada tanggungjawab. Bagi seorang lelaki yang betul-betul ada harga diri, beliau akan berusaha dengan sedaya upata bagi memenuhi segala keperluan isteri, anak-anak dan keperluan rumah tangga tanpa mengharapkan hasil pendapatan isteri.
Ingat lagi kisah seorang suami yang sanggup melakukan kerja sampingan bagi menyara
keluarga walaupun isterinya bekerja. Inilah lelaki sejati yang menghargai isteri.
Namun, berapa ramai lelaki yang sanggup melakukan sedemikian. Kebanyakkan lelaki sekarang ini, duit aku duit aku, duit isteri pun duit aku juga sebab aku ni suami, isteri kene ikut kata aku. Hmmmm.. memang boleh punah kebahagiaan rumah tangga individu sebegini.
Menyebut tentang hasil pendapatan isteri, ingin diingatkan para isteri yang bekerja, memang tak salah kita membantu meringankan beban suami tetapi jangan terlalu membiasakan suami kita dibantu sewenangnya. Hasil pendapatan kita adalah hak kita yang mutlak. Kita bebas membelanjakannya sewenangnya hatta nak beli barang kemas selori pun adalah tidak salah.
No comments:
Post a Comment